Polis buru lelaki rakam jurujual wanita dalam tandas Mayang Mall

POLIS kini mencari seorang lelaki bagi membantu siasatan kejadian merakam video di dalam tandas wanita di tingkat satu Mayang Mall, Kuala Terengganu, malam Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, dalam kejadian 8.11 malam itu, mangsa merupakan seorang jurujual berusia 29 tahun.

Katanya, wanita itu menyedari kewujudan sebuah telefon bimbit yang sedang merakam di celah pintu tandas tempat mangsa berada.

“Mangsa kemudian keluar dari tandas dan mendapati seorang lelaki tidak dikenali memegang telefon berkenaan sebelum melarikan diri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, siasatan awal mendapati suspek lelaki awal 20-an, berambut perang, memakai baju-T putih tertera gambar Ultraman dengan tulisan “Aku Kuat Aku Ultraman”, berseluar jeans gelap serta membawa beg silang.

“Mangsa sempat merakam visual suspek dari arah belakang ketika suspek melarikan diri dari tempat kejadian.

“Pemeriksaan kamera litar tertutup (CCTV) pasar raya itu turut mengesahkan pergerakan suspek yang berlari keluar melalui pintu utama pusat beli-belah tersebut menuju ke arah Dataran Shahbandar,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 448/509 Kanun Keseksaan kerana menceroboh dan melakukan perbuatan yang memalukan atau menjatuhkan maruah.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img