Belanjawan 2027: Penjawat awam terima bantuan khas kewangan RM1,500

KERAJAAN bersetuju menyalurkan Bantuan Khas Kewangan berjumlah RM1,500 kepada 1.3 juta penjawat awam daripada Gred Utama B dan ke bawah termasuk lantikan kontrak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan perkara itu pada akhir pembentangan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat di sini hari ini.

“Mengenang jasa penjawat awam, kerajaan bersetuju menyalurkan bantuan khas kewangan RM1,500 kepada 1.3 juta penjawat awam Gred Utama B dan ke bawah termasuk lantikan kontrak.

“Bantuan khas kewangan sebanyak RM750 turut diberikan kepada lebih satu juta pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan tidak berpencen,” katanya.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, pembayaran bantuan khas itu akan dilakukan sebanyak dua kali, iaitu sebelum sambutan Aidilfitri dan sempena ambang tujuh dasawarsa merdeka.

 

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here