Buaya sepanjang 1.2 meter ‘ke sekolah’ ditangkap

SEEKOR buaya sepanjang 1.2 meter berjaya ditangkap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) selepas dikesan di kawasan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Rahman Andak, Simpang Renggam, hari ini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Renggam Pegawai Bomba Kanan II Ahmad Syawal berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian terbabit pada 8.15 pagi.

Menurutnya, ketika itu tiada pelajar di sekolah berkenaan dan ia disedari pengawal keselamatan sekolah terbabit sebelum gurunya menghubungi bomba untuk bantuan.

Katanya, tidak diketahui buaya terbabit datang dari mana dan dipercayai ia tersesat hingga ke situ.

“Kami sudah menghubungi pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk mengambilnya dan buat sementara waktu buaya itu ditempatkan di balai bomba,” katanya, lapor Harian Metro.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus

IG:
Utusan Melayu Plus

TikTok:
@utusanmelayuplusofficial

Threads:
@utusanmelayuplus

Whatapps Channel:
UTUSAN MELAYU PLUS


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img