Buaya tembaga 3.6 meter ditangkap di Pantai Teluk Bahang

SEEKOR buaya sepanjang 3.6 meter berjaya ditangkap di pantai Hotel Angsana, Teluk Bahang, Pulau Pinang petang hari ini.

Menurut hantaran Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pulau Pinang, laporan kemunculan sang bedal itu diterima daripada orang awam kira-kira pukul 3.30 petang.

“Sebaik menerima aduan sepasukan 20 pegawai dan anggota digerakkan ke lokasi,” kata hantaran itu.

Tambahnya, pasukan turut mendapat bantuan daripada pihak polis , bomba , Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) serta nelayan tempatan.

“Ketika tiba di lokasi pada jam 3.50 petang, pasukan keselamatan mengesahkan kehadiran seekor buaya tembaga di kawasan pantai yang ketika itu dipenuhi orang awam dan nelayan.

“Cubaan awal menangkap reptilia itu menggunakan bot dan pukat nelayan berjaya menariknya ke darat, namun buaya berkenaan berjaya meloloskan diri selepas pukat koyak,” katanya.

Bagaimanapun, selepas usaha kedua dijalankan pada pukul 6 petang, buaya tersebut akhirnya berjaya ditangkap dan dibawa ke pantai dengan selamat.

Orang awam dinasihatkan agar lebih berhati-hati ketika melakukan aktiviti di kawasan pantai ini.

Sebarang penemuan atau maklumat berkaitan buaya boleh segera disalurkan ke talian kecemasan 999 atau menghubungi Pusat Kawalan Operasi Negeri APM Pulau Pinang di 04-226 3876.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img