Budi95 dan subsidi bersasar

Lazimnya ‘bersasar’ bererti menumpu kepada kumpulan yang khusus yang mempunyai ciri-ciri atau memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Subkumpulan yang kecil biasanya menjadi sasaran. Sebagai contoh, dalam rajah mudah yang dipaparkan, bulatan kuning adalah ‘sasaran’ yang ingin dicapai.

Dalam konteks pemberian subsidi kerajaan, antara cabaran utama ialah matlamat mengurangkan beban fiskal memerlukan pemberian subsidi dibuat secara bersasar, iaitu sebaiknya hanya kumpulan khusus yang memenuhi syarat dianggap memerlukan yang akan menerima subsidi yang diberikan.

Untuk tujuan ini subsidi secara menyeluruh (blanket), ‘semua rakyat dapat’ tidak lagi optimal dan akan diubah kepada hanya yang layak akan dapat. Untuk tujuan ini, kaedah pengenalpastian (identification) yang terbaik perlu ditentukan. Proses pengenalpastian ini seharusnya mudah, setepat yang boleh, tanpa melibatkan kos dan proses yang menyulitkan.

Dalam konteks pemberian subsidi RON95, (Budi95), pentafsiran ‘bersasar’ agak berbeza, pengenalpastian yang digunakan merangkumi sebahagian besar penduduk Malaysia yang mempunyai kerakyatan (MyKad) dan lesen pemanduan yang sah serta dihadkan kepada 300 liter. Model ini cenderung kepada ‘subsidi menyeluruh’ (blanket), majoriti adalah layak.

Sama ada model ini baik atau tidak, ia tertakluk kepada matlamat yang ingin dicapai oleh kerajaan. Adakah untuk membantu seramai mungkin rakyat tanpa mengira keperluan? Adakah untuk mengurangkan beban fiskal? Adakah untuk mengelakkan ketirisan agar subsidi hanya memanfaatkan rakyat yang memenuhi syarat? Siapakah sasaran Budi95? Kumpulan yang sepatutnya dapat atau yang sepatutnya tidak dapat?

Saya yakin tujuan kerajaan adalah murni dan kerajaan akan meneliti dan menilai keberkesanan kaedah pelaksanaan Budi95. Beri sedikit masa untuk kita menilai dan menentukan model yang terbaik buat semua. Kita berbincang dengan hikmah, untuk negara dan rakyatnya.

MINDA UKM: Bersama Membangunkan Negara



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus

IG:
Utusan Melayu Plus

TikTok:
@utusanmelayuplusofficial

Whatapps Channel:
UTUSAN MELAYU PLUS


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img