‘’Caprice fitnah saya terlibat kes rasuah RM2.5 bilion’’ – Rafizi

AHLI Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli menyifatkan dakwaan beliau menganugerahkan kontrak kepada syarikat yang ada kaitan dengan dirinya dalam projek solar terbesar 750 MW oleh UEM Lestra adalah fitnah.

Katanya, dakwaan itu yang dibuat  pempengaruh Ariz Ramli atau Caprice  dan ia kemudian dijadikan bahan kononnya beliau terlibat dalam kes rasuah RM2.5 bilion.

‘’ Tidak seperti kes yang lain, SPRM tidak menunjukkan bukti. Tidak ada rampasan ratusan juta atau jongkong emas. Tidak ada bukti ratusan juta dalam akaun saya. Malah, satu bukti pun tidak ada tetapi beriya-iya dijaja jadi bahan berita.

‘’Ini masalahnya apabila ada pihak yang terdesak menggunakan fitnah. Saya dituduh terbabit kononnya di dalam skandal yang nilainya melebihi nilai yang diambil Datuk Seri Najib,’’ katanya. dalam klip video di Facebook beliau.

Rafizi berkata, Caprice membuat kandungan menuduh beliau menganugerahkan projek yang diusahakan oleh UEM Lestra itu dengan cuba memberi gambaran beliau (Rafizi) mengambil rasuah.

‘’Fakta-fakta yang saya kongsi setakat ini jelas menunjukkan bahawa saya atau Kementerian Ekonomi tidak ada kuasa atau terbabit dalam apa-apa urusan komersial syarikat swasta. Saya akan terus bentangkan fakta-fakta yang lebih mendalam pada podcast YBM (Yang Berhenti Menteri-YBM) pukul 10 malam ini,’’ katanya.

Sehubungan itu Rafizi menegaskan, akan memberi peluang kepada Caprice untuk menyiarkan fakta-fakta (dalam podcast) itu kepada pendengarnya dan dalam kandungan-kandungan ‘influecer’ tersebut, seterusnya meminta maaf kepada beliau kerana memfitnah.

‘’Sekiranya beliau gagal berbuat demikian setelah diberi peluang, saya telah mengarahkan peguam-peguam saya untuk memulakan tindakan saman terhadap beliau,’’ katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img