Cuaca panas: Padang Terap tahap gelombang haba, 14 kawasan berjaga-jaga

JABATAN Meteorologi (MetMalaysia) memaklumkan Padang Terap berada pada Tahap 2 (Gelombang Haba).

Selain itu menurut jabatan tersebut melalui Facebook, terdapat 14 kawasan di Semenanjung Malaysia berada pada Tahap 1 (Berjaga-Jaga).

Kawasan itu terlibat ialah Perlis, Baling, Sik, Pendang, Pokok Sena, Kubang Pasu, Pulau Langkawi, Kuala Muda dan Bandar Baharu (Kedah), Timur Laut (Pulau Pinang), Hulu Perak dan Kuala Kangsar (Perak), Jerantut (Pahang) dan Rembau (Negeri Sembilan)

Tahap Gelombang Haba ialah suhu maksimum harian 37-40 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama 3 hari berturut-turut manakala tahap berjaga-jaga pula,  suhu maksimum harian 35-37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama 3 hari berturut-turut.

Sementara itu dalam satu kenyataan, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad menasihatkan orang ramai lebih berwaspada berikutan cuaca panas melampau yang sedang melanda negara ketika ini.

Katanya sehingga tahun 2026, sebanyak 15 kes berkaitan cuaca panas dilaporkan, termasuk satu kes kematian melibatkan seorang kanak-kanak.

“Sila awasi tanda-tanda awal strok haba seperti pening berpanjangan, rasa dahaga luar biasa dan suhu badan yang semakin meningkat.

“Sekiranya ada tanda-tanda ini, amalkan langkah pencegahan dengan mencari tempat yang teduh, banyakkan minum air kosong dan sejukkan badan dengan segera,” katanya.

Beliau turut mengingatkan orang ramai agar tidak meninggalkan anak-anak atau sesiapa sahaja di dalam kenderaan tanpa pengawasan walaupun untuk seminit.

“Rujuk infografik yang dikongsikan Kementerian Kesihatan sebagai panduan langkah pencegahan. Pencegahan awal adalah kunci. Kekal sihat dan pastikan tubuh sentiasa terhidrat,” ujarnya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img