Dewan hotel terbakar di Bukit Katil, majlis makan malam syarikat pembersihan bertukar cemas

LEBIH 1,000 kakitangan sebuah syarikat pembersihan yang menghadiri majlis makan malam di sebuah hotel di Bukit Katil Melaka terselamat dalam  kebakaran di dewan hotel berkenaan malam ini.

Kebakaran berlaku kira-kira pukul 8 malam ketika majlis tersebut berlaku.  Difahamkan, seorang individu dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan selepas mengalami sesak nafas akibat terdedah kepada bahang panas.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Timbalan Penguasa Bomba II, Mohd Hafidzatullah Rashid, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 8.14 malam.

“Kebakaran melibatkan bahagian dewan hotel berkenaan. Jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Katil telah dikerahkan ke lokasi dan tiba tidak lama selepas panggilan diterima,” katanya dalam satu kenyataan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img