Dua kemalangan berlaku selang dua jam di Jalan Semenyih

DUA kemalangan berasingan dilaporkan berlaku di lokasi sama di Jalan Semenyih berhampiran Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJII) dalam tempoh kira-kira dua jam, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, kejadian pertama berlaku kira-kira jam 5.30 pagi melibatkan sebuah Honda City yang dipandu lelaki tempatan berusia 24 tahun.

“Siasatan awal mendapati kenderaan itu hilang kawalan akibat cuaca hujan dan jalan licin sebelum terbabas dan melanggar tiang lampu di pembahagi jalan.

“Pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kira-kira jam 7.30 pagi, satu lagi kemalangan berlaku di lokasi sama melibatkan sebuah motokar berwarna putih yang membrek secara mengejut selepas ternampak kenderaan rosak di hadapan.

Menurutnya, sebuah motosikal yang berada di belakang turut terjatuh ketika cuba mengelak, menyebabkan penunggangnya mengalami kecederaan ringan sebelum meninggalkan lokasi kejadian.

“Pemandu motokar kedua tidak mengalami kecederaan dan kedua-dua individu terbabit masih belum tampil membuat laporan polis,” katanya.

Naazron berkata, pihak bomba turut menjalankan kerja pembersihan tumpahan minyak daripada kenderaan pertama, namun kedua-dua kemalangan itu bukan berpunca daripada faktor tersebut.

“Kes disiasat di bawah Kesalahan Peraturan 10 Kaedah-kaedah Lalulintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59).

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh berhubung dengan pegawai penyiasat Sjn Kamal Bin Rajeli di talian 019-3148482,” katanya.

Polis turut menasihatkan pengguna jalan raya agar sentiasa berhati-hati dan mematuhi peraturan lalu lintas terutama dalam keadaan hujan dan jalan licin.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img