Dua lelaki guna parang samun kedai serbaneka

DUA lelaki bersenjatakan parang bertindak menyamun sebuah premis serbaneka di Desa Setapak, Kuala Lumpur awal pagi Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 4.43 pagi.

Menurut beliau, ketika kejadian kira-kira jam 1.59 pagi, seorang penyelia lelaki berusia 24 tahun sedang bertugas di premis berkenaan sebelum tiba-tiba muncul dua lelaki memakai pelitup muka hitam dan topi keledar.

“Suspek yang bersenjatakan parang telah meminta mangsa menyerahkan wang tunai. Disebabkan bimbang dicederakan, mangsa menyerahkan wang yang diminta berjumlah RM2,467.50,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Lazim berkata, suspek turut melarikan dua unit telefon bimbit iaitu sebuah iPhone 15 milik mangsa serta sebuah telefon jenis Redmi 15 milik seorang lagi pekerja yang berada di premis tersebut.

“Jumlah keseluruhan kerugian yang dialami dianggarkan sebanyak RM6,067.50, kedua-dua suspek melarikan diri dengan menaiki dua buah motosikal,” katanya.

Tambah beliau, kes ini disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

“Pihak polis sedang giat mengesan suspek yang terlibat dalam jenayah ini,” ujarnya.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img