Dua lelaki melecur dalam kebakaran rumah dua tingkat di Ampang

DUA lelaki melecur dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat yang turut memusnahkan sebahagian sebuah kereta Perodua Myvi di Taman Muda, di Ampang, pagi tadi.

Kedua-dua mangsa berusia lingkungan 30-an dan 60-an itu berjaya menyelamatkan diri sebelum ketibaan pasukan bomba.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.33 pagi.

Menurutnya, lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pandan Indah tiba di lokasi tiga minit kemudian.

“Kebakaran membabitkan tingkat bawah sebuah rumah teres dua tingkat dengan anggaran kemusnahan 60 peratus, manakala sebuah kereta Perodua Myvi turut terbakar sebanyak 70 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa yang melecur dihantar ke hospital oleh ambulans Kementerian Kesihatan (KKM) dan jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bomba.

Kebakaran berjaya dikawal pada jam 8.45 pagi.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here