Dua maut, dua parah nahas tiga kenderaan berhampiran sekolah

DUA lelaki maut manakala dua lagi parah dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Lalang, Jalan Air Hitam, di Kluang petang ini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Hitam, Pegawai Bomba Kanan I Ramli Said berkata, panggilan kecemasan diterima pada jam 4.10 petang sebelum 12 anggota bergegas ke lokasi.

Menurutnya, sebaik sahaja tiba pada jam 4.19 petang, kemalangan didapati melibatkan sebuah Volvo XC90, Proton Saga dan Toyota Vios.

“Pemandu Volvo, seorang lelaki, dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan. Pemandu Proton Saga pula seorang wanita yang cedera dan telah keluar dari kenderaan sebelum pasukan bomba tiba.

“Bagi Toyota Vios, terdapat empat mangsa iaitu dua lelaki disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia, manakala dua lagi lelaki mengalami kecederaan parah.

“Dua mangsa yang maut didapati tersepit dan anggota bomba bertindak mengeluarkan mereka menggunakan peralatan khas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Ramli, mangsa yang cedera dihantar ke hospital berhampiran untuk rawatan lanjut, manakala mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Operasi tamat sepenuhnya pada jam 5.37 petang,” katanya.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img