Dua budak lelaki dihanyut arus ketika ambil bola

Seorang remaja dan kanak-kanak lelaki dihanyut arus ketika cuba mengambil bola di dalam longkang di Taman Prima Saujana, Kajang, petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada 6.32 petang.

“Mangsa yang hilang dikenali sebagai Khalish Shahdan Khairul Ikram, 14 tahun dan Kayyum Shaqeel Khairul Ikram, 12 tahun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, maklumat daripada pemanggil memaklumkan terdapat dua mangsa dihanyut air semasa mengambil bola di dalam longkang.

Ketika ini, kerja pencarian sedang dilakukan di kawasan longkang utama.

Beliau berkata, operasi membabitkan enam anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kajang.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus

IG:
Utusan Melayu Plus

TikTok:
@utusanmelayuplusofficial

Whatapps Channel:
UTUSAN MELAYU PLUS


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img