Tiga pelajar lelaki guna AI hasilkan imej lucah libatkan rakan sekelas perempuan

SEBUAH sekolah Cina di Muar, Johor, mengambil tindakan buang sekolah terhadap tiga pelajar lelaki kerana menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menghasilkan imej lucah deepfake melibatkan rakan sekelas perempuan mereka.

China Press melaporkan bahawa sebahagian daripada imej yang diubahsuai itu tersebar di internet, melibatkan sekurang-kurangnya dua pelajar perempuan yang telah membuat laporan polis.

Pengetua Sekolah Menengah Chung Hwa, Chionh Cheong Kang, berkata pihak sekolah memulakan siasatan sebaik sahaja dimaklumkan mengenai imej tersebut pada Isnin, dan telah bertemu dengan ibu bapa semua pelajar yang terlibat.

Dalam satu kenyataan, sekolah itu berkata ia mengamalkan dasar tiada tolak ansur terhadap tingkah laku sebegitu, dan telah membuang pelajar Tingkatan 2, 3 dan 4 tersebut selaras peraturan sekolah.

Pihak sekolah juga menggesa mangsa membuat laporan kepada polis, di samping menasihati ibu bapa supaya memantau aktiviti dalam talian anak masing-masing dan segera memadam sebarang imej yang tidak wajar.

Ibu bapa ketiga-tiga pelajar terbabit menerima keputusan sekolah untuk membuang mereka.

Ketua Polis Muar, Raiz Mukhlis Azman Aziz, mengesahkan laporan telah diterima dan siasatan sedang dijalankan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img