Empat beranak cemas, kereta redah banjir terbabas dalam longkang

EMPAT sekeluarga berdepan detik cemas apabila kereta yang mereka naiki hampir tenggelam selepas terbabas ke dalam longkang besar di Kampung Tersan, Raub, Pahang pagi ini.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan kejadian berlaku kira-kira jam 5 pagi ketika keluarga berkenaan dalam perjalanan dari Kelantan menghala ke Kuala Lumpur.

Menurut kenyataan itu, jalan di Kampung Tersan dinaiki air akibat limpahan daripada longkang susulan hujan lebat sejak semalam.

“Anggota APM Raub telah membantu mangsa dengan menarik keluar kereta jenis Toyota Vios berkenaan dari dalam longkang ke tempat yang selamat,” menurut kenyataan itu, lapor Bernama.

APM memaklumkan kenderaan itu dinaiki sepasang suami isteri warga emas bersama dua anak mereka dan semuanya dalam keadaan selamat dengan wanita warga emas berkenaan yang juga orang kurang upaya (OKU) dihantar ke Hospital Raub untuk menerima rawatan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img