Empat lelaki rompak kedai emas di Brickfield, kerugian hampir RM10 juta

EMPAT lelaki bersenjatakan pistol bertindak menyamun sebuah kedai emas di Jalan Tun Sambanthan, Brickfields hari ini mengakibatkan kerugian mencecah RM9.7 juta.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, keempat-empat suspek menyerbu masuk premis berkenaan sebelum bertindak mengacukan dua pucuk pistol.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, suspek kemudian melarikan 21 dulang emas dengan anggaran berat kira-kira 15 kilogram.

“Turut dilaporkan hilang dalam kejadian itu adalah selaras senapang patah bersama sebutir peluru milik pengawal keselamatan premis berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Fadil, usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi Hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berdekatan,” katanya.

Terdahulu, tular video rakaman kamera litar tertutup berdurasi kira-kira tiga minit memaparkan sekumpulan penjenayah bersenjata pistol dan bertopi keledar merompak kedai emas terbabit.

Suspek turut menyerang seorang pengawal keselamatan sebelum melarikan sejumlah barangan berharga dalam tempoh beberapa minit.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img