FGD, terowong cerobong asap di Loji Jana Kuasa Tanjung Bin terbakar

LOJI Jana Kuasa Tanjung Bin (TBE) di Pontian mengalami kebakaran pada bahagian Flue Gas Desulfurization (FGD) dan terowong cerobong asap, malam tadi.

Komander Operasi Kanan Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian Baru Penolong Penguasa Bomba Mahadir Mamat berkata 22 anggota daripada tiga BBP termasuk Pontian dan Pekan Nenas serta Pasukan Bomba Sukarela Benut, digerakkan ke lokasi kejadian sebaik panggilan kecemasan diterima pada 8.22 malam.

Beliau berkata operasi pemadaman secara keseluruhannya membabitkan dua sektor bagi mengawal kebakaran.

“Pemadaman turut dibantu 10 anggota Pasukan Tindakan Kecemasan (ERT) dan enam anggota bomba pelabuhan (Tanjung Bin), dengan menggunakan dua unit fix monitor sehingga api padam sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kebakaran itu secara keseluruhan memusnahkan 70 peratus bahagian FGD dan tiada mangsa yang terlibat dalam kejadian berkenaan.

Mahadir berkata pemantauan dan tindakan lanjut diserahkan kepada pihak pengurusan Malakoff dan ERT.

Beliau berkata setakat ini punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img