PERTEMBUNGAN dalam Bersatu sampai kemuncak hari ini apabila Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin dipecat daripada parti itu.
Beliau merupakan Ahli Parlimen ketiga daripada Bersatu yang dipecat berikutan perbalahan dengan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin. Sebelum ini Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Wan Saiful Wan Jan dan Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Seri Saifuddin Abdullah menerima nasib yang sama.

https://utusanmelayuplus.com/hamzah-zainudin-sudah-boleh-kemas-barang/
Pemecatan itu yang diumumkan oleh Pengerusi Lembaga Disiplin Bersatu, Datuk Mohd Radzi Manan dilakukan beberapa jam selepas 16 ahli Parlimen parti itu menyokong kenyataan Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr.Ronald Kiandee meminta Muhyiddin meletakkan jawatan sebagai Presiden Bersatu.
Hamzah tidak hadir bertemu dengan Lembaga Disiplin hari ini kerana berada di Australia bagi menguruskan anaknya memasuki universiti.
Dalam surat bertarikh hari ini yang disebarkan oleh seorang pemimpin kanan dalam grup WhatsApp MPT Bersatu, Radzi memaklumkan Lembaga Disiplin bersidang semalam memutuskan Ahli Parlimen Larut dipecat sebagai ahli Bersatu berkuat kuasa hari ini.
‘’Surat ini dikeluarkan kerana tindakan Datuk Seri melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia,’’ katanya sambil memaklumkan Hamzah boleh mengemukakan rayuan untuk pertimbangan dalam tempoh 14 hari dari tarikh notis.


