Hantaran dalam Facebook Ismail Lasim berkaitan peringatan khutbah Jumaat tarik perhatian

HANTARAN dalam Facebook Datuk Ismail Lasim menjadi perhatian ramai apabila beliau mengimbas kembali khutbah Jumaat bertajuk, “Membenteng Jiwa dengan solat’’.

Menteri Besar  Negeri Sembilan itu berkata, orang yang benar-benar menghayati makna sujud akan berusaha menjauhi sifat sombong, kebencian dan kezaliman.

‘’Dia menyedari bahawa setiap manusia ialah hamba Allah SWT yang wajib dihormati haknya dan diperlakukan dengan adil.  Sujud juga melatih manusia mengawal nafsu yang sentiasa menginginkan pujian, penghormatan dan keutamaan. Semoga Allah SWT membimbing kita untuk terus istiqamah dalam ibadah, memelihara akhlak dan menjadi insan yang membawa kebaikan kepada masyarakat,’’ katanya.

Beliau berkata, khutbah itu mengingatkan bahawa solat bukan sekadar kewajipan, tetapi juga asas dalam membentuk kekuatan jiwa, memelihara keimanan dan membina akhlak yang mulia.

Sehingga pukul 11 malam ini, hantaran itu mendapat 18.6 tanda suka, 4.4 komen dan 511 dikongsi.

Hantaran itu menarik perhatian kerana Ismail yang menunaikan solat Jumat bersama masyarakt di Masjid Kariah Beting, Kuala Pilah telah dimarahi oleh Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir secara terbuka di khalayak ramai.

Video kejadian yang tular memaparkan Tuanku Muhriz memarahi  Ismail kerana menulis surat kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja berhubung penurunan takhta baginda.

Baginda yang berbaju Melayu warna merah jambu muda berdiri bersama jemaah lain selepas solat Jumaat dan menyampaikan teguran keras kepada Ismail sambil menegaskan bahawa baginda tidak berkenan bertemu ahli politik terbabit.

“Ismail Lasim telah menulis surat kepada Penyimpan Mohor Besar (Raja-Raja) baru-baru ini mengatakan keputusan yang dibuat bersama exco itu ialah sah, dan saya ini bukan lagi Yamtuan Besar Negeri Sembilan.

“Tu pasal, datang hari ni jumpa saya buat apa? Selagi dia tak tarik balik balik apa dia kata tu, jangan jumpa saya. Go away, don’t see me, i don’t want to see you, okay? You understand?” titah baginda.

Bagaimanapun sebahagian besar  komen dalam hantaran Ismail itu memberi sokongan dan semangat kepada beliau untuk meneruskan perjuangan serta melaksanakan tanggungjawab sebagai Menteri Besar dengan sebaik-baiknya.

Ismail dilantik menjadi Menteri Besar di negeri penuh adat itu pada 2 Ogos lalu.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here