Hapuskan  ‘makhluk perosak’ imej ATM

SUARA AWANG SELAMAT

AWANG terkejut apabila tersebarnya video dalam media sosial menunjukkan suasana dalam sebuah premis yang didakwa mes pegawai ATM, mungkin ia mungkin  tidak.

Tetapi mesti apa yang disebarkan mengenai perangai buruk sesetengah pegawai ATM itu betul dan bukannya direka-reka, cuma lokasi sebenarnya biarlah pihak berkuasa.Awang tidak mahu tuduh apa-apa sebab Kementerian Pertahanan (MINDEF) pun dah minta jangan buat spekulasi dan sudah pun mengarahkan siasatan segera dilakukan. Kementerian itu juga janji tidak akan kompromi dengan perbuatan tersebut.

MINDEF dan ATM memang kena ambil tindakan tegas kalau betul kes itu berlaku. Jangan bagi muka kat puak-puak yang boleh dianggap  ‘makhluk perosak’ kepada pasukan itu.

Kalau mereka buat perangai tu kat luar kem, Awang tak kisah, lantak pi la. Doakan sahaja mereka kena tangkap dengan jabatan agama  atau kena sakit jantung masa tengok dok seronok tu. Tetapi kalau betul mereka bawa perempuan entah apa-apa ke dalam mes pegawai di kem, Awang rasa itu dah melampau.

 Puak macam ni jenis tak tahu bersyukur. Jadi pegawai ATM buatla perangai elok-elok jagalah  imej pasukan dan kalau beragama Islam tu ingatlah dosa pahala jugak. Ini tidak semuanya belasah….tak kira haram halal. Tapi sebagai saudara sesama Islam Awang doakan mereka diberi hidayah dan bertaubat, kembali ke jalan Allah.

 Allah SWT bagi pangkat, kedudukan bukan untuk buat perkara yang melanggar perintah-Nya. Jangan ingat apa yang kita ada itu ada kekal. Allah SWT nak ambil sekejab saja. Esok kalau dah kena jangan menyesal.

Buat apa ada pangkat berbintang-bintang, berpaku-paku…kalau pangkat itu tidak dihormati. Lebih baik hanya lain-lain pangkat tapi amanah dijaga, perintah agama dipelihara.

Oleh itu Awang harap sangat MINDEF dan ATM akan siasat habis-habisan dakwaan perbuatan tidak bermoral itu yang kini tersebar di platform media sosial. Memanglah MINDEF minta orang jangan buat spekulasi tetapi orang pasti akan bertanya, kenapa ATM makin teruk! Lepas satu kes, datang pula kes lain.

Awang percaya mungkin banyak lagi kes yang akan terdedah selepas ini. Oleh itu Awang harap MINDEF akan mengambil tindakan tegas ke atas pendedahan yang dibuat.

Mereka yang terlibat perlu dikenakan tindakan setegas-tegasnya. Kalau perlu digantung tugas, ditahan kenaikan gaji, diturunkan pangkat atau dibuang kerja…lakukan! Jangan kompromi lagi..Sebab dalam ATM tak boleh ada makhluk perosak!

Awang – Sentiasa hormati ATM

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img