Polis buka siasatan kes lelaki maut ditembak di Banting

POLIS mengesahkan kes tembakan yang mengakibatkan seorang lelaki maut di sebuah restoran makanan segera di Banting, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Mohd Akmalrizal Radzi berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira jam 10.05 malam tadi.

Menurut beliau, motif kejadian masih dalam siasatan dan polis sedang giat mengesan suspek yang dipercayai melarikan diri dengan sebuah motosikal sejurus selepas kejadian.

“Siasatan awal masih dijalankan dan usaha memburu suspek sedang dipergiatkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau memaklumkan, kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Media sebelum ini melaporkan tular satu video dalam media sosial memaparkan seorang lelaki terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan beberapa kelongsong peluru kelihatan bertaburan di lantai restoran tersebut.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img