Harga minyak: RON95, RN97 tidak bersubsidi naik, diesel kekal

Harga petrol RON95 dan RON97 tidak bersubsidi akan meningkat mulai esok selepas mencatatkan penurunan dalam tempoh dua minggu lalu.

Kementerian Kewangan memaklumkan bahawa harga RON95 tidak bersubsidi akan naik sebanyak 10 sen kepada RM3.97 seliter, berbanding RM3.87 sebelum ini, manakala RON97 meningkat 5 sen kepada RM4.90 seliter daripada RM4.85.

Harga diesel di Semenanjung Malaysia kekal tidak berubah pada RM5.12 seliter.

Sementara itu, petrol RON95 bersubsidi di bawah program BUDI95 kekal pada harga RM1.99 seliter, manakala diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan turut kekal pada RM2.15 seliter.

Harga petrol bersubsidi di bawah Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) juga kekal pada RM2.05 seliter, manakala diesel bersubsidi di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) kekal pada RM2.15 seliter.

Harga-harga ini berkuat kuasa sehingga 6 Mei.

Kementerian Kewangan menjelaskan bahawa harga minyak global masih tinggi berbanding sebelum konflik, dengan gangguan bekalan akibat kerosakan kemudahan pengeluaran dan penapisan di Timur Tengah terus memberi kesan kepada pasaran.

“Kerajaan menggesa orang ramai menggunakan bahan api secara berhemah bagi membantu mengekalkan kestabilan bekalan,” menurut kenyataan itu.

Namun begitu, kerajaan akan terus mengambil langkah berhati-hati bagi memastikan rakyat Malaysia tidak menanggung sepenuhnya kesan kenaikan harga minyak global.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img