Impian jadi juara dunia tak tercapai tapi Pearly-Thinaah buktikan tiada istilah mengalah

IMPIAN beregu wanita negara Pearly Tan-M.Thinaah untuk bergelar juara dunia tidak tercapai apabila tewas kepada pasangan China, Liu Shieng Shun – Tan Ning pada perlawanan akhir Kejohanan Dunia di Adidas Arena, Paris malam ini.

Bagaimanapun beregu  Malaysia itu menunjukkan prestasi penuh bertenaga sebelum tunduk dalam pertarungan tiga set 14-22, 22-20, 21-17.

Sikap tidak tahu mengalah biarpun ketinggalan mata membolehkan Pearly-Thinaah bangkit pada set kedua untuk menang 22-20 selepas tewas set pertama 14-22.

Melangkah ke set penentuan, beregu negara ketinggalan 5 mata pada kedudukan 3-8, 5-10 namun semangat juang yang tinggi membolehkan mereka mengutip mata demi mata menjadi kedudukan 17-19 sebelum pasangan China mengutip dua mata lagi bagi membolehkan mereka muncul juara dengan mata 21-17.

Walaupun tewas namun Pearly-Thniaah telah membuktikan mereka sememangnya layak ke perlawanan akhir dan terus kekal sebagai pasangan beregu wanita nombor dua dunia berdasarkan aksi hebat pada pertembungan ini.

Kemenangan Shieng Hun-Tan Ning dalam perlawanan yang menyaksikan ‘rally’ terpanjang dengan 62 pukulan pada kedudukan 16-18 itu melebarkan jarak kemenangan mereka ke atas Pearly-Thinaah menjadi 10-3.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img