Iran serang kawasan duduki Israel di Palestin, Tel Aviv turut jadi sasaran

IRAN melancarkan serangan ke atas beberapa kawasan yang diduduki rejim Zionis di utara dan tengah Palestin awal  pagi ini dengan menggunakan peluru berpandu.

Menurut laporan agensi berita Tasnim News Agency, serangan peluru berpandu baharu dilancarkan ke arah Haifa serta kawasan utara Palestin yang diduduki.

Susulan serangan tersebut, siren kecemasan dibunyikan di beberapa lokasi termasuk Haifa, Galilee Atas dan Bukit Golan yang diduduki, selain kawasan luas di utara wilayah berkenaan.

Sumber turut memaklumkan beberapa peluru berpandu telah mengenai sasaran di beberapa kawasan di Haifa, mengakibatkan kebakaran di pelbagai lokasi.

 Media Zionis menyatakan beberapa bangunan dan kenderaan mengalami kerosakan serta terbakar dalam insiden tersebut.

Laporan awal juga menunjukkan berlakunya kemusnahan besar dan kerugian yang tinggi di beberapa kawasan di Haifa akibat serangan berkenaan.

Dalam perkembangan berkaitan, serangan peluru berpandu Iran turut menyasarkan kawasan tengah Palestin yang diduduki, termasuk sekitar Tel Aviv.

Rakaman yang tersebar di media sosial menunjukkan kepulan asap tebal di beberapa lokasi serta kejadian kebakaran melibatkan kenderaan.

Menurut sumber itu sekurang-kurangnya 10 peluru berpandu dilancarkan oleh Iran dalam tiga gelombang serangan yang menyasarkan kawasan pedalaman Palestin yang diduduki.

Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak berkuasa Iran berhubung insiden tersebut, manakala pihak rejim Zionis belum memberikan butiran lanjut mengenai jumlah korban atau tahap kerosakan sebenar.

Ketegangan di rantau itu dilihat terus meningkat, sekali gus mencetuskan kebimbangan terhadap kemungkinan berlakunya konflik lebih meluas.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img