Israel atas serang Iran  ketika umat Islam sambut Ramadan

NEGARA pengganas Israel dan Amerika Syarikat (AS) hari ini melancarkan serangan ke atas Iran.

Menurut Al-Jazeera, beberapa letupan dilaporkan kedengaran di pusat bandar Teheran dengan asap tebal dilihat berkepul di beberapa lokasi.

Agensi berita Fars News Agency melaporkan bahawa beberapa peluru berpandu telah menghentam Jalan Universiti dan kawasan Jomhouri hari ini.

Seorang pegawai AS mengesahkan kepada Al Jazeera negara itu kini menyerang Iran bersama Israel. Serangan itu dilakukan di Teheran, Isfahan, Qom, Karaj, Kermanshah dan Lorestan.

Perkembangan itu berlaku susulan kenyataan Presiden AS, Donald Trump, yang sebelum ini memberi amaran bahawa Iran akan berdepan tindakan ketenteraan sekiranya perjanjian nuklear gagal dicapai.

Dalam perkembangan berkaitan, kapal induk Tentera Laut Amerika Syarikat, USS Gerald R. Ford, dilaporkan tiba di Israel semalam.

Kehadiran kapal induk itu berlaku ketika rundingan baharu antara AS dan Iran berlangsung di Geneva, Switzerland Khamis. Dalam masa sama, Washington dilihat terus meningkatkan tekanan ketenteraan terhadap Tehran.

Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak berkuasa Iran atau Amerika Syarikat berhubung insiden berkenaan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img