Pemandu, kelindan maut, treler dihempap muatan jentera berat

SEORANG pemandu dan kelindannya maut selepas lori treler membawa muatan jentera berat yang dinaiki mereka terbabit kemalangan di persimpangan lampu isyarat Jalan Miri Bypass di sini, petang tadi.

Kedua-dua mangsa yang tersepit di bahagian tempat duduk disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan, sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 4.20 petang, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng telah bergegas ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, komander operasi melaporkan kemalangan membabitkan sebuah lori treler yang membawa muatan jentera berat dengan muatan tersebut masih berada di atas treler terbabit.

“Manakala pemandu dan kelindannya masih tersepit di tempat duduk lori berkenaan,” katanya lapor Utusan Borneo.

Menurutnya, pasukan bomba terpaksa membuka pintu bahagian pemandu untuk memberi ruang kepada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia membuat pemeriksaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Beliau berkata, pihak bomba kini menunggu bantuan kren bagi mengangkat dan mengalihkan jentera berat yang berada di atas treler sebelum proses mengeluarkan mangsa dapat diteruskan.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus

IG:
Utusan Melayu Plus

TikTok:
@utusanmelayuplusofficial

Whatapps Channel:
UTUSAN MELAYU PLUS


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img