‘Kaki skandal’ Trump – ‘Sang pengganas’ Netanyahu  punca krisis tenaga dunia

KEJAHILAN Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yang terkenal dengan pelbagai skandal termasuk terbaru fail Epstein dan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu yang merupakan pengganas nombor satu antarabangsa menyerang Iran menyebabkan dunia kini huru-hara.

 Kedua-dua mereka begitu angkuh untuk memusnahkan negara republik Islam itu yang kaya dengan uranium dan minyak. Alasan bodoh yang diberikan ialah Iran sedang membangunkan nuklear. Mereka mendakwa apa yang mereka lakukan ke atas Iran adalah demi keamanan Asia Barat dan manusia sejagat.

Tetapi selepas sebulan peperangan yang dianggap oleh rakyat AS sebagai tidak ada tujuan itu, impian mereka untuk menghancurkan Iran terus menemui jalan buntu. Sebaliknya dunia pula kini merana apabila serangan tanpa tujuan ke atas Iran menyebabkan krisis tenaga bakal tercetus.

Iran bukanlah seperti mana-mana negara Islam khususnya di Asia Barat yang begitu mudah tunduk apatah lagi terperdaya dengan sandiwara dan pembohongan Trump dan Netanyahu yang dianggap ‘pakatan iblis dan syaitan’.

Walaupun seorang demi seorang pemimpin utamanya syahid akibat dibunuh oleh AS-Israel namun sehingga ke hari ini, tidak ada nampak sedikitpun tanda-tanda bahawa Iran akan  menyerah kalah. Malah malam tadi, Iran mengumumkan mereka mengawal sepenuhnya situasi di Selat Hormuz.

Ia bermakna mana-mana kapal yang mahu melalui selat yang dianggap amat penting untuk penghantaran minyak dunia tersebut perlu mendapat kebenaran Iran. Jika AS-Israel terus menyerang Iran, negara yang dipimpin oleh Ayatollah Motjaba Khameini itu akan menutup Selat Hormuz.

Penutupan Selat Hormuz telah mencetuskan gelombang kenaikan harga dalam sektor tenaga dan barangan asas. Menurut pemerhatian pasaran global, kira-kira sebulan selepas serangan Amerika Syarikat dan rejim Zionis ke atas Iran, serta pengurusan penuh Selat Hormuz oleh Iran, harga tenaga dan komoditi utama telah meningkat dengan ketara, memberi kesan besar terhadap indeks pasaran antarabangsa. 

Ramai pakar tenaga menilai bahawa situasi ini kini mengubah keseimbangan kuasa pasaran global ke arah Iran.

Berdasarkan data terkini  kenaikan harga paling tinggi dicatat dalam bahan bakar jet, meningkat sebanyak 78%, menunjukkan risiko lebih tinggi dalam pengangkutan udara dan peningkatan kos operasi syarikat penerbangan global.

Sementara itu, harga gas asli di Eropah meningkat 72%, menandakan kebimbangan serius terhadap keselamatan tenaga di benua tersebut. Harga minyak juga mencatat kenaikan signifikan; indeks minyak pemanas meningkat 68% dan minyak mentah WTI naik 54%.

Indeks volatiliti pasaran global turut meningkat 54%, mencerminkan tahap ketidakpastian dan risiko yang tinggi di pasaran kewangan antarabangsa.

Dalam sektor tenaga lain, petrol meningkat 47%, diesel naik 44%,  menunjukkan tekanan yang meluas terhadap rantaian bekalan tenaga global.

Kenaikan harga juga menjejaskan barangan asas dan industri. Produk petrokimia meningkat 29%, minyak sawit 14%, beras 10%, dan bijih besi 7%, yang berpotensi menambah kos pengeluaran dan mempertingkat tekanan inflasi di pelbagai ekonomi.

Pakar menegaskan bahawa kenaikan harga ini lebih dipacu oleh risiko dan ketidakpastian geopolitik berbanding kekurangan bekalan sebenar. Pasaran global kini mementingkan senario pesimis, termasuk kemungkinan gangguan laluan tenaga kritikal atau perluasan konflik. Dalam situasi ini, aset berkaitan tenaga dan komoditi asas menjadi tempat perlindungan sementara bagi pelabur.

Kesinambungan trend ini berpotensi mencetuskan gelombang inflasi global yang baharu, sekali gus memberi cabaran kepada pembuat dasar dalam mengawal harga dan mengekalkan pertumbuhan ekonomi.

Berikutan itu semua negara termasuk Malaysia tidak akan terlepas daripada impak akibat perbuatan Trump ‘kaki skandal’ dan Netanyahu ‘sang pengganas’.

Oleh itu dunia khususnya negara Asia Barat tidak harus lagi bertolak ansur dengan ‘kegilaan’ kedua-dua pemimpin tersebut. Tekanan harus diberikan kepada Trump terutamanya supaya tidak menjadi ‘pak turut’ kepada Netanyahu.

Apa yang menjadi masalahnya Trump terlalu banyak ‘berhalusinasi’ manakala Netanyahu semakin banyak ‘meracau’ dengan menggambarkan seolah-olah AS-Israel sudah menang di Iran.

Tetapi di lapangan keadaan jauh berbeza. Iran tidak berganjak setapak pun, sebaliknya semakin banyak aset atau kepentingan AS di Asia Barat dihancurkan manakala di Israel  kemusnahan akibat serangan balas Iran termasuk di Tel Aviv yang dianggap kota kebal semakin teruk. 

Apapun sikap angkuh dan ganas, Trump-Netanyahu tidak boleh dibiarkan. Ketika jutaan penduduk AS mengadakan demonstrasi membantah Trump manakala penduduk Yahudi mula menyalahkan Netanyahu, negara-negara lain pula perlu ada keberanian untuk menentang dua makhluk ini.

NATO sudah menunjukkan keberanian mereka apabila menolak untuk berperang bersama AS-Israel melawan Iran. Kita tunggu pula sejauh manakah keberanian negara-negara Arab menyanggah Trump-Netanyahu – dua makhluk perosak dunia ketika ini.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img