SEORANG remaja perempuan berusia 14 tahun dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu selepas kali terakhir dilihat di kediamannya di Jalan Jasmin 18, Taman Jasmin, Kajang.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, Nur Arissa Husna Muhammad Hafidzin dipercayai kali terakhir berada di rumahnya pada jam 2 petang, 10 Julai lalu.
“Polis menerima laporan berhubung kehilangan remaja itu pada jam 4.44 petang keesokan harinya.
“Nur Arissa Husna berketinggian kira-kira 160 sentimeter, berat 45 kilogram, bertubuh tinggi dan kurus, berambut lurus serta berkulit sawo matang,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, usaha mengesan mangsa sedang giat dijalankan dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta tampil membantu siasatan.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai remaja berkenaan diminta hadir ke mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di talian 03-89114222 atau Pegawai Penyiasat, Sarjan Nur Affira Idris di talian 017-3204261 bagi membantu siasatan.






