Kecerdasan fikiran manusia Iran kalahkan strategi AI Amerika-Israel

 FOKUS SABTU

AMERIKA Syarikat (AS) dan sekutu jahatnya, Israel membuat keputusan menyerang Iran dalam keadaan begitu yakin bahawa republik Islam itu tidak mempunyai kekuatan untuk mempertahankan diri.

Misi AS-Israel ialah serang, ceroboh, jatuhkan pemerintahan revolusi Islam dan lantik pemimpin boneka yang berurusan terus dengan dua pemimpin berjiwa pengganas iaitu Presiden AS Donald Trump dan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.

Mereka meletakkan sasaran bahawa ‘misi jahat’ itu boleh diselesaikan dalam tempoh tidak sampai dua mingu. Namun kini sudah hampir lebih sebulan, perang itu tercetus barulah Trump-Netanyahu tahu, ia tidaklah mudah disangkakan.

Ramai tertanya-tanya bagaimana ia boleh berlaku memandangkan selama ini AS digambarkan sebuah angkatan tentera yang kuat dan  begitu mudah menceroboh negara lain sesuka hati kononnya atas nama keamanan sejagat tetapi mereka kini di ambang kekalahan di Iran.

Paling memalukan mereka bergabung dengan Israel- sebuah negara yang sepenuhnya  peralatan pertahanannya dari AS.

Berdasarkan satu kajian oleh pakar-pakar peperangan seperti dilaporkan Tasnim News Agency, perang semasa antara AS. dan Israel terhadap Iran telah dinamakan oleh para pakar sebagai “perang pertama berasaskan kecerdasan buatan pada skala besar”.

Kepantasan, ketepatan dan jumlah serangan AS dan Israel dalam bidang ketenteraan jelas dirasai oleh masyarakat umum, namun mungkin persoalan paling penting dalam kalangan elit dan rakyat hari ini boleh dirumuskan seperti berikut:

Bagaimana mungkin Amerika Syarikat dan Israel, dari segi penggunaan menyeluruh kecerdasan buatan (AI) dan akses kepada teknologi ketenteraan terbaik dunia, mempunyai kelebihan, tetapi dari segi strategi—seperti diakui oleh badan pemikir dan pakar—mengalami kegagalan strategik?

Berdasarkan pelbagai tulisan yang diterbitkan kebelakangan ini oleh badan pemikir Amerika dan Eropah mengenai latar belakang AI dan peperangan, jawapan kepada persoalan ini boleh dirumuskan:

Kelebihan taktikal: Kepantasan, skala dan ketepatan Kecerdasan buatan, pada asasnya direka untuk menyelesaikan satu masalah: mengurangkan masa dan meningkatkan ketepatan dalam kitaran membuat keputusan operasi.

 Sistem ini mampu menganalisis sejumlah besar data—daripada imej dron hingga isyarat elektronik—dalam masa yang sangat singkat, mengenal pasti corak dan mencadangkan tindakan.

Dalam perang terkini, keupayaan ini membolehkan Amerika Syarikat dan Israel untuk:

*Mengenal pasti lebih banyak sasaran dalam masa yang lebih singkat,

*Melaksanakan serangan dengan ketepatan yang lebih tinggi,

*meminimumkan jarak masa antara “pengesanan sasaran” hingga “tindakan”.

Secara lebih tepat, kecerdasan buatan telah menjadikan peperangan pada tahap taktikal sebagai satu proses separa automatik berkelajuan tinggi. Inilah yang dalam literatur ketenteraan dikenali sebagai “pemampatan masa keputusan” (compression of decision time). Namun di sinilah had asas pertama muncul.

Had asas kecerdasan buatan: ketidakmampuan memahami strategi kecerdasan buatan, walaupun dalam bentuk paling maju, tidak memiliki apa yang boleh disebut sebagai “pemahaman strategik”.

Ketidakmampuan ini berpunca daripada beberapa ciri asas:

  1. a) Kebergantungan kepada data lampau: kecerdasan buatan membuat keputusan berdasarkan corak masa lalu, bukan pemahaman masa depan.
  2. b) Kekurangan pemahaman niat dan kehendak: kecerdasan buatan tidak mampu menganalisis dengan tepat “kehendak politik” atau “moral sosial”.
  3. c) Kecenderungan kepada pengoptimuman jangka pendek: kecerdasan buatan sering memberi tumpuan kepada kecekapan segera, bukan pencapaian matlamat jangka panjang.

Oleh itu, seperti yang turut dibangkitkan dalam perbincangan Carnegie Endowment for International Peace, penggunaan AI pada tahap strategik berdepan cabaran serius.

 Persoalan seperti: Adakah peningkatan serangan menguntungkan kita atau menguatkan musuh? Adakah tindakan ketenteraan tertentu menghasilkan pencegahan atau memburukkan krisis? Tahap ketegangan manakah yang optimum dan boleh dikawal? Ini bukan persoalan yang dapat dijawab secara boleh dipercayai oleh AI.

Sebaliknya, apa yang dapat dilihat dalam tingkah laku Iran dalam perang ini ialah  penggunaan “kecerdasan semula jadi” pada tahap strategik. Kecerdasan ini berasaskan gabungan:

Pengalaman sejarah, pemahaman mendalam terhadap persekitaran serantau, kefahaman terhadap psikologi musuh, keupayaan mengurus kerumitan politik serta sosial.

Sebagai contoh, tindakan seperti:

*Mengurus tahap ketegangan supaya tidak keluar kawalan,

*Mewujudkan tekanan ekonomi melalui ancaman atau kawalan Selat Hormuz,

*Mengelakkan terperangkap dalam peningkatan konflik tanpa kawalan, menunjukkan bahawa keputusan strategik dibuat bukan semata-mata berdasarkan data operasi, tetapi berdasarkan “pertimbangan menyeluruh”.

Di sinilah jurang antara AI dan kecerdasan manusia menjadi jelas.

Salah satu hasil paling penting kemasukan AI dalam peperangan ialah terciptanya satu paradoks baharu keupayaan meningkatkan kecekapan taktikal secara drastik, tanpa jaminan kejayaan strategik.

Dalam realiti, AI boleh meningkatkan jumlah sasaran yang dimusnahkan, meningkatkan ketepatan serangan, mengurangkan kos operasi, namun ini tidak bermaksud kemenangan dalam perang.

Perang semasa menunjukkan bahawa AI, walaupun dengan segala keupayaannya, masih beroperasi pada tahap yang boleh digelar sebagai “taktikal maju”, bukan “strategik”. Sebaliknya, faktor penentu sebenar arah perang masih terletak pada penilaian manusia, pemahaman terhadap kerumitan, dan keupayaan mengurus ketidakpastian.

Oleh itu, kenyataan bahawa “satu pihak berjaya di tahap taktikal tetapi tidak mempunyai kelebihan di tahap strategik” bukanlah satu percanggahan, tetapi gambaran tepat tentang sifat peperangan dalam era AI.

Akhirnya, mungkin dapat dirumuskan bahawa pelajaran paling penting daripada perang ini ialah dalam era Ai, kemenangan bukan milik pihak yang menyerang lebih pantas, tetapi milik pihak yang memahami dengan lebih baik.

Dalam soal ini, ternyata Iran memahami, strategik dan bersedia untuk ‘menguburkan’ keangkuhan, kebiadaban dan sikap ganas AS-Israel yang menggunakan pendekatan zaman batu untuk menunjukkan kuasa mereka.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img