Kegagalan kontraktor alih papan lapis punca kebocoran KLIA, kata Malaysia Airports

KEBOCORAN bumbung di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam berpunca daripada kegagalan kontraktor mengalihkan papan lapis menutup saliran bumbung ketika cuaca buruk.

Melalui satu kenyataan hari ini Malaysia Airports berkata siasatan mendapati kontraktor sedang melakukan kerja pembaikan bumbung dan kalis air apabila ribut petir melanda kawasan itu, memaksa kerja dihentikan serta-merta mengikut prosedur keselamatan.

Namun, kontraktor terbabit didakwa meninggalkan papan lapis digunakan menutup titik saliran menyebabkan salah satu saliran utama tersumbat.

“Apabila hujan luar biasa turun, air tidak dapat dialirkan dan terkumpul di atas bumbung sebelum menitis ke dalam balai berlepas,” katanya.

Malaysia Airports menyifatkan kegagalan asas itu sebagai ‘tidak boleh diterima’ bagi kontraktor yang mengurus infrastruktur kritikal lapangan terbang.

Menurut kenyataan itu, tindakan tegas sedang diambil terhadap syarikat terbabit.

Pihaknya turut mengarahkan penambahbaikan segera termasuk kewajipan merujuk ramalan cuaca sebelum memulakan kerja di bumbung serta memperkukuh protokol pemberhentian kerja apabila situas itu itu berlaku.

Kejadian kebocoran itu berlaku 6 petang semalam yang telah menjejaskan beberapa bahagian di lapangan terbang itu.

Sememangnya tindakan tegas dari Malaysia Airport ke atas kontraktor terlibat amat-amat dialu-alukan. Tidak boleh ada kompromi dalam soal ini. Ia memandangkan imej Malaysia sedikit sebanyak sudah terjejas dengan kejadian semalam.

Apapun penjelasan diberikan, apapun alasan yang dikemukakan …orang luar sudah heboh… KLIA bocor! Lebih mendukacitakan ia menjadi bahan jenaka apabila kebocoran itu disamakan dengan ‘air terjun’. Sudah pasti sampai bila-bila peristiwa itu akan tersimpan dalam catatan sejarah KLIA.

Oleh itu ketegasan Malaysia Airports terhadap kontraktor terlibat amat wajar.Ini kerana lapangan terbang imej negara…satu tandas kotor di KLIA pun orang dah heboh, inikan pula berlaku, ‘air terjun jadi-jadian’. Semoga selepas ini kejadian seumpama itu tidak berlaku.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img