Kerajaan kekalkan harga RON95 RM1.99 seliter

KERAJAAN memutuskan untuk mengekalkan harga RON95 petrol pada paras RM1.99 seliter walaupun harga pasaran sebenar jauh lebih tinggi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu dimaklumkan selepas kerajaan membuat semakan bersama Petronas berhubung tahap bekalan semasa.

“Apabila kita semak dengan Petronas, kita dapati bekalan produk petroleum mencukupi sekurang-kurangnya sehingga Mei 2026. Ini tentunya berbeza dengan keadaan di kebanyakan negara lain dan ia menunjukkan pengurusan serta tadbir urus kita yang cekap, amanah dan profesional.

“Kerajaan juga memperketat penguatkuasaan bagi mengekang kegiatan penyeludupan bahan api khususnya diesel,” katanya pada sidang media khas di Putrajaya hari ini.

Turut hadir pada sidang media itu ialah Menteri Komunikasi yang juga jurucakap kerajaan, Datuk Fahmi Fadzil.

Beliau berkata, Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof ditugaskan bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk meningkatkan pengawasan serta mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang cuba mengambil kesempatan melakukan penyeludupan.

Pada masa sama, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah akan mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa khas bersama Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir serta kementerian berkaitan bagi menilai impak ekonomi susulan perkembangan semasa di Asia Barat.

“Kerajaan akan terus memantau perkembangan di Asia Barat bagi memastikan langkah sewajarnya dapat diambil demi melindungi kepentingan rakyat dan ekonomi negara,” katanya.

Dalam pada itu, kerajaan akan terus memberi tumpuan untuk melindungi rakyat daripada impak kenaikan harga minyak global yang boleh memberi kesan kepada harga barangan keperluan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img