”Privasi kalau bersendirian di rumah. Ini premis ada 202 individu. Privasi apa lagi?’’ Saifuuddin

MENTERI Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan, aspek privasi tidak terpakai dalam kes serbuan ke atas sebuah premis kesihatan yang dipercayai menjadi lokasi aktiviti tidak bermoral di Chow Kit, Jumaat lepas.

Katanya, ia memandangkan premis itu menempatkan ratusan pengunjung yang melakukan perbuatan tidak bermoral.

“Privasi itu kalau dia bersendirian di rumah. Ini premis dengan 202 individu. Privasi apa lagi? Polis perlu menyeimbangkan tanggungjawab penguatkuasaan bagi mengekang aktiviti tidak bermoral dengan hak sivil individu,” katanya.

Beliau demikian pada sidang media selepas menghadiri majlis penutupan Simposium Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) di Kuala Lumpur hari ini.

Sehubungan itu beliau berkata mana-mana pihak, termasuk NGO perlu melihat isu berkenaan dalam konteks lebih luas, mengambil kira perbuatan yang bercanggah dengan nilai agama dan moral.

Saifuddin juga memberitahu bahawa kerajaan akan meneliti beberapa peruntukan undang-undang sedia ada yang berkait rapat dengan penguatkuasaan terhadap aktiviti terbabit, susulan risikan dan operasi bersepadu yang dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama agensi lain sebelum ini.

“Maklum balas daripada Bahagian Keselamatan Dalam Negeri serta pihak polis menunjukkan sudah sampai masanya untuk kita melihat semula beberapa peruntukan yang terkait bagi menangani kes-kes seperti ini. Bentuk spesifiknya akan diperhalusi,”

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img