Kerajaan teliti pindaan undang-undang tangani isu 3R – Fahmi

KERAJAAN meneliti kemungkinan meminda undang-undang sedia ada atau menggubal peruntukan baharu bagi membolehkan tindakan lebih tegas diambil terhadap pihak yang menyentuh isu kaum, agama dan institusi diraja (3R).

Ia diambil susulan tindakan segelintir pihak yang dilihat tidak mengendahkan peruntukan undang-undang sedia ada.

Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata,mesyuarat Kabinet memutuskan tindakan yang tegas perlu diambil membabitkan beberapa perkara yang berkaitan dengan 3R khususnya yang dilaporkan dalam media termasuk media sosial.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata, ia termasuk meneliti kemungkinan wujud kelompangan dalam undang-undang sedia ada yang menyebabkan segelintir pihak seperti tidak mengendahkan tindakan yang boleh dikenakan terhadap mereka.

“Sekiranya wujud sebarang kelompangan dalam undang-undang sedia ada, yang memungkinkan tindakan penguatkuasaan awal seperti membabitkan penahanan tidak diendahkan oleh pihak tertentu, maka ia wajar dikaji.

“Tindakan mengkaji semula dan meminda atau menggubal Rang Undang-Undang baharu supaya isu ini dapat ditangani dengan lebih tuntas,”katanya pada Sidang Media Mingguan Pasca Mesyuarat Jemaah Menteri, Putrajaya, hari ini.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img