Kerusi Parlimen Pandan,Setiawangsa diisytihar kosong tetapi tiada PRK

SPEAKER Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul  telah  memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai kekosongan kerusi Parlimen Pandan dan Setiawangsa, susulan notis daripada wakil rakyat masing-masing.

Katanya, beliau menerima notis daripada Datuk Seri Rafizi Ramli (Pandan) dan Nik Nazmi Nik Ahmad  (Setiawangsa) berhubung peletakan jawatan mereka sebagai ahli Dewan Rakyat, berkuat kuasa 18 Mei.

Sehubungan itu, beliau memaklumkan kepada SPR mengenai kekosongan luar jangka kerusi Pandan dan Setiawangsa, selaras Perkara 54(1) Perlembagaan.

“Sebarang keputusan berkaitan pelaksanaan PRK bagi kerusi Parlimen Pandan dan Setiawangsa adalah tertakluk kepada pertimbangan dan keputusan SPR,” katanya dalam kenyataan.

Pada 17 Mei lalu, Rafizi yang juga bekas Timbalan Presiden PKR dan Nik Nazmi (bekas Naib Presiden PKR) mengumumkan keluar parti serta mengambil alih Parti Bersama Malaysia (BERSAMA) yang ditubuhkan pada 2016 di Pulau Pinang.

SEMENTARA ITU, SPR memberitahu  Speaker  telah memaklumkan kepada SPR bahawa tiada keperluan bagi mengisi kekosongan luar jangka yang berlaku di Parlimen Pandan dan Setiawangsa.

” Selaras dengan itu, SPR menetapkan tiada  pilihan raya kecil (PRK) kedua-dua kerusi tersebut,’’ kata SPR dalam kenyataan malam ini.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img