Kes warden maahad tahfiz rotan murid dirujuk AGC

POLIS telah merujuk kertas siasatan berhubung kes seorang warden sebuah maahad tahfiz di Sungai Kob, Kulim yang dipercayai merotan seorang murid lelaki berusia 11 tahun kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, kertas siasatan itu dikemukakan semalam dengan cadangan pertuduhan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak kerana pengabaian yang boleh menyebabkan kecederaan.

Menurutnya, polis sebelum ini memperoleh perintah Order To Investigate (OTI) bagi menahan suspek dan memandangkan mangsa masih di bawah umur, temu bual dijalankan di Child Interview Centre (CIC) bagi memastikan keterangan yang diberikan konsisten dan boleh digunakan di mahkamah.

“Kertas siasatan telah dilengkapkan dengan laporan perubatan, laporan CIC, salinan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) serta keterangan saksi. Walaupun kes pada awalnya disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, siasatan mendapati ia lebih sesuai diklasifikasikan di bawah Akta Kanak-Kanak,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, hari ini.

Adzli memberitahu, polis juga telah merakam keterangan suspek selain beberapa murid lain di maahad tahfiz berkenaan bagi membantu siasatan.

Terdahulu, media melaporkan satu rakaman video tular dalam media sosial yang memaparkan seorang murid tahfiz dirotan oleh seorang lelaki, yang kemudian disahkan berlaku di sebuah maahad tahfiz di Sungai Kob.

Kejadian dipercayai berlaku pada 29 September lalu dan dipercayai berpunca daripada tindakan murid berkenaan yang dikatakan mengganggu rakan lain ketika sesi pembelajaran berlangsung.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img