Kilang tilam di Cheras terbakar 80 peratus

SEBUAH kilang membuat tilam di Kampung Batu 10 Cheras, Kuala Lumpur terbakar 80 peratus malam ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada jam 9.32 malam.

Beliau berkata, seramai 29 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Hussien Onn, BBP Pandan, BBP Seri Kembangan dan BBP Kajang bergegas ke lokasi untuk operasi pemadaman.

“Sebaik sahaja pasukan penyelamat tiba di lokasi, kebakaran membabitkan kilang membuat tilam itu dianggarkan kira-kira 80 peratus.

“Usaha pemadaman sedang giat dijalankan,” katanya dalam kenyataan malam ini.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img