KSU NRES lawat Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia

KETUA Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin mengadakan lawatan kerja ke Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) hari ini bagi meninjau pelaksanaan fungsi, peranan serta kemajuan penyelidikan yang menyokong agenda kelestarian alam negara.

Lawatan itu turut memberi peluang kepada beliau melihat dengan lebih dekat pelbagai inisiatif penyelidikan, usaha pemuliharaan biodiversiti, pengurusan sumber hutan secara mampan serta pembangunan inovasi berasaskan sumber asli yang diterajui FRIM.

Sepanjang lawatan, satu sesi taklimat dan perbincangan turut diadakan bagi memperkukuh kerjasama strategik antara NRES dan FRIM dalam memperkasakan dasar serta pelaksanaan program berkaitan kelestarian alam sekitar.

Anis berkata, penyelidikan dan inovasi memainkan peranan penting sebagai pemacu utama dalam menyokong penggubalan dasar berasaskan bukti bagi memastikan pengurusan sumber asli negara dapat dilaksanakan secara mampan.

Menurutnya, pendekatan berteraskan ilmu dan penyelidikan perlu terus diperkukuh agar keseimbangan antara pembangunan dan pemeliharaan alam sekitar dapat dicapai demi kesejahteraan generasi masa kini serta akan datang.

Turut hadir dalam lawatan itu ialah Timbalan Setiausaha Bahagian Pengurusan Biodiversiti dan Perhutanan NRES, Nadzmin Ahmad Nazir serta pegawai daripada kementerian dan FRIM.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img