Lebih 10 MP, ADUN pembangkang berminat sertai Rumah Bangsa diterajui UMNO

LEBIH daripada 10 Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang berminat menyertai Rumah Bangsa yang diterajui oleh UMNO.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, perkara tersebut disahkan melalui beberapa siri perjumpaan Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa yang dipengerusikan oleh Naib Presiden, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

”Bagaimanapun, hasrat mereka itu ada halangan kerana terikat dengan Rang Undang-Undang (RUU) Anti-Lompat Parti.

“Kebanyakan mereka yang berstatus Ahli Parlimen dan ADUN juga amat-amat berminat untuk menyertai kembali Rumah Bangsa,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Sesi Konsultasi Awam Rang Undang-Undang (RUU) Akta Majlis Amanah Rakyat (MARA) 2026 di ibu negara hari ini.

Asyraf Wajdi bagaimanapun tidak mendedahkan nama Ahli Parlimen dan ADUN terlibat, namun menyatakan ahli-ahli biasa daripada parti pembangkang juga telah menyertai Rumah Bangsa.

“Para penyokong (pembangkang) masuk secara bergerombolan,” ujarnya.

Pada 16 Januari lalu, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa yang berfungsi sebagai platform untuk menerima kembali mana-mana pihak yang ingin kembali bersama UMNO.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img