Lelaki melecur tapak kaki, khemah bunga api dijaga terbakar

SEORANG lelaki melecur selepas khemah menjual bunga api dijaganya di Sungai Besar, Sabak Bernam, terbakar semalam.

Kejadian sekitar jam 2.55 petang itu menyebabkan mangsa berusia 26 tahun melecur kedua-dua tapak kaki, manakala kebakaran berjaya dipadamkan peniaga menggunakan alat pemadam api.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Md Yusof Ahmad berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Besar juga tiba di lokasi untuk membantu memadamkan kebakaran.

“Susulan kejadian itu, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 285 Kanun Keseksaan. Sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga enam bulan atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya ketika dihubungi hari ini, lapor Harian Metro.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img