Liverpool terus derita, Anfield semakin hilang ‘keramatnya’

NOTTINGHAM Forest ‘menghilangkan keramat’ Stadium Anfield apabila menumbangkan Liverpool 0-3 dalam perlawanan yang dianggap satu kemenangan mengejutkan.

Liverpool di bawah bimbingan Arne Slot berharap untuk bangkit selepas kekalahan besar kepada Manchester City, namun  impian itu dimusnahkan oleh Nottingham Forest yang kembali bertenaga di bawah pengurus baharu Sean Dyche.

 Slot, memberikan peluang kepada pemain yang mencatatkan rekod pembelian Britain bernilai £125 juta (RM682.35), Alexander Isak, tetapi sekali lagi penyerang itu tidak memberi sebarang impak dan hanya bertahan selama 67 minit di padang.

Forest mendahului selepas 33 minit apabila pertahanan Murillo melepaskan rembatan padu menewaskan penjaga gol Liverpool Alisson.

Igor Jesus menjaringkan gol kedua tetapi dibatalkan kerana bola terkena tangan, namun Forest menggandakan kelebihan hanya 47 saat selepas babak kedua bermula apabila bekas pertahanan Liverpool, Neco Williams, melakukan hantaran untuk Nicola Savona melepaskan penyudah kemas.

Liverpool terus gagal memberikan sebarang tentangan dalam aksi yang hambar, dan Forest menambah gol ketiga 12 minit sebelum tamat perlawanan apabila Morgan Gibbs-White menjaringkan gol selepas Alisson menepis percubaan Omari Hutchinson.

Keputusan ini bermakna Liverpool kini tewas enam daripada tujuh perlawanan Liga Perdana terakhir mereka, sekali gus meningkatkan tekanan terhadap Slot berikutan perbelanjaan hampir £450 juta (RM2.4 bilion) pada musim panas lalu yang kini dipersoalkan.

Slot mengambil keputusan untuk menurunkan Isak dalam usaha menghidupkan semula rentak pasukannya dan melancarkan karier penyerang itu di Anfield. Namun, Isak menjadi simbol persembahan paling longlai yang pernah disaksikan di Anfield kebelakangan ini, dengan penyokong hanya mampu terpaku dalam suasana senyap menyaksikan juara bertahan itu rebah sekali lagi.

Isak jarang menyentuh bola, tidak memberi ancaman, dan sebenarnya bernasib baik kekal di padang selama 67 minit sebelum digantikan oleh Federico Chiesa. Namun dia bukan satu-satunya pemain yang gagal; hanya Mohamed Salah menunjukkan ancaman sementara rakan sepasukannya tenggelam tanpa jejak.

Penurunan prestasi berbanding musim lalu, ketika Liverpool menjuarai liga dengan mudah, amat membimbangkan buat Slot, yang masih belum menemui jawapan kepada masalah pasukannya. Untuk mempertahankan gelaran kini kelihatan seperti impian yang jauh.

Malah, pertukaran pemainnya juga dilihat terdesak, termasuk memasukkan penyerang Hugo Ekitike pada minit ke-54 bagi menggantikan pertahanan Ibrahima Konate.

Liverpool beruntung apabila penyokong mereka tetap setiap walaupun kecewa, tetapi kekalahan demi kekalahan  meningkatkan tekanan terhadap Slot untuk mencari jalan ‘menghidupkan’ kembali pasukannya dan memastikan ‘keramat’ Anfield kembali semula.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img