Shamsul Iskandar akhirnya letak jawatan sebagai Setiausaha Politik Kanan PM

KONTROVERSI  berhubung sokongan kepada kontraktor berkaitan satu projek hospital, akhirnya mendorong Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin mengumumkan peletakan jawatan sebagai Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri.

Melalui satu hantaran di akaun X, Shamsul Iskandar berkata,  keputusan tersebut dibuat selepas difahamkan terdapat percubaan untuk menyerangnya yang boleh merosakkan imej Kerajaan Madani.

“Saya difahamkan ada percubaan untuk menyerang saya dengan perkara yang boleh merosakkan imej kerajaan Madani. Justeru, saya mengambil keputusan untuk mempertahankan diri saya daripada serangan ini.

“Saya juga pagi tadi telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Terima kasih Perdana Menteri di atas kepercayaan yang diberikan kepada saya,” katanya.

Pada 19 November lalu, Anwar memberitahu Dewan Rakyat bahawa beliau telah memberi teguran keras kepada Setiausaha Politiknya kerana peraturan kerajaan tidak membenarkan pengeluaran surat sokongan sebegitu.

Beliau berkata demikian ketika sesi Waktu Pertanyaan Menteri sebagai menjawab soalan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas), yang membangkitkan isu Setiausaha politik Anwar menyenaraikan enam kontraktor dalam surat sokongan untuk satu projek hospital yang tidak dinyatakan.

Pemimpin Pas itu mendakwa hanya dua daripada enam kontraktor tersebut layak, manakala selebihnya tidak mempunyai rekod Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB).

Pada 20 November pula,  AHLI Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli ternyata tidak senang apabila tiada tindakan diambil ke atas Shamsul Iskandar.

 Justeru beliau menggesa  Perdana Menteri Datuk Seri  Anwar Ibrahim bukan sahaja perlu menegur, tetapi memecat setiausaha politik tersebut.

‘’Tindakan itu boleh menjadi peluang untuk Perdana Menteri menunjukkan komitmennya dalam memerangi rasuah. Itu yang sepatutnya berlaku. Jangan tegur sahaja. Pecat terus,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img