Malaysia lahirkan simpati,sokongan kepada UAE

DATUK Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau telah melahirkan simpati dan sokongan kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang turut terkesan berikutan tindakan balas Iran terhadap serangan Israel dan Amerika Syarikat (AS).

Perdana Menteri berkata, ucapan itu dizahirkan ketika perbualan telefon dengan Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE) Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan semalam.

“Kami bertukar pandangan mengenai perkembangan semasa di rantau Timur Tengah terkait situasi keselamatan serantau susulan konflik yang melibatkan Israel, Amerika Syarikat dan Iran.

‘’Kami senada menzahirkan harapan agar semua pihak mengutamakan pendekatan damai serta mengelakkan sebarang tindakan yang boleh menggugat kestabilan dan keamanan sejagat,’’ katanya melalui media sosial beliau.

Anwar berkata, beliau turut menghargai komitmen kerajaan UAE untuk menjamin keselamatan dan kebajikan kira-kira 10,000 rakyat Malaysia yang kini berada di negara tersebut.

‘’Semoga Ramadan yang mulia ini memperkukuh kesatuan ummah serta membuka ruang kepada keamanan dan kestabilan yang lebih berkekalan di rantau ini dan dunia keseluruhannya,’’ katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img