Anwar hubungi Seyed Abbas zahirkan solidariti Malaysia kepada Iran

DATUK Seri Anwar Ibrahim mengadakan perbincangan dengan Menteri Luar Iran, Seyed Abbas Araghchi bagi menzahirkan simpati dan solidariti Malaysia terhadap rakyat Iran dalam menghadapi saat yang amat sukar ketika ini.

Perdana Menteri berkata, dalam perbualan telefon tersebut, beliau turut menyampaikan ucapan takziah di atas nyawa rakyat Iran yang terkorban, termasuk Pemimpin Agung Iran, Ali Khamenei serta 165 orang pelajar sekolah akibat serangan rejim Israel bersama Amerika Syarikat di Tehran baru-baru ini.

‘’Malaysia turut menegaskan pendirian tegas terhadap sebarang tindakan ketenteraan yang mencabuli kedaulatan sesebuah negara, di samping menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap implikasi konflik yang berpanjangan terhadap keamanan, kestabilan dan kesejahteraan global,’’ katanya.

Beliau berkata, perbincangan juga menyentuh keperluan mendesak untuk meredakan ketegangan, memperkukuh usaha diplomasi serta mencari jalan damai bagi menamatkan konflik yang sedang melanda rantau tersebut, termasuk isu Palestin yang terus menuntut perhatian masyarakat antarabangsa.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img