Marzuki dakwa Pas termakan fitnah Bersatu bakal sokong PH selepas PRU-16

DAKWAAN kononnya parti Bersatu akan menyokong Pakatan Harapan (PH) selepas Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) merupakan usaha mind conditioning untuk membentuk persepsi negatif terhadap parti itu.

Bekas Ketua Setiausaha Sulit kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Dr Marzuki Mohamad berkata, dakwaan yang berlegar menerusi akaun Facebook palsu itu menjadi punca Pas akan mengkaji hubungan mereka dengan Bersatu.

“Dikhuatiri Ahli-ahli Parlimen Bersatu yang menang nanti akan menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai PM (Perdana Menteri).

“Ini bukan sekadar fitnah. Ini mind-conditioning untuk mencontengkan imej buruk Bersatu,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Menurut Marzuki, terdapat pihak tertentu yang sengaja menulis untuk mempengaruhi persepsi masyarakat.

“Ingatlah. Walaupun akaun Facebook tersebut palsu, tetapi ada manusia yang menulis. Ada manusia yang menyebar. Sebagai seorang Islam, kita patut tahu membuat fitnah itu berdosa, menyebarkan fitnah juga berdosa.

“Saya bukanlah seorang alim ulama tetapi hukum fekah pun tidak boleh dibuat atas dasar sangkaan, apatah lagi sangkaan jahat,” ujarnya.

Sebelum ini, hubungan Pas dan Bersatu dalam PN diibaratkan retak menanti belah apabila parti Islam itu kini sedang mengkaji dan meneliti satu persatu percanggahan serta tindakan negatif yang dilakukan oleh rakan sekutunya itu.

Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, tindakan Bersatu menolak hasrat untuk memperkukuh PN dengan menyekat keahlian parti Melayu-Islam serta parti bukan Islam tidak ekstrem adalah sesuatu yang tidak menyenangkan.

 

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img