Budak perempuan 2 tahun maut dihempap tiang konkrit pagar rumah

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia dua tahun sembilan bulan maut selepas dihempap tiang konkrit pagar rumahnya di Seremban, pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din memaklumkan, kejadian berlaku sekitar pukul 7.15 malam ketika mangsa sedang bermain bersama kakaknya di halaman rumah.

“Ketika mereka bermain, tiang pagar yang tidak kukuh itu tiba-tiba tumbang dan menghempap mangsa.

“Ibunya kemudian segera membawa ke Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban, namun mangsa disahkan meninggal dunia pada pukul 9.14 malam,” katanya.

Beliau berkata, hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Rembau mendapati punca kematian disebabkan kecederaan kepala akibat hentakan objek berat, dan tiada kecederaan lain dikesan.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

 

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus

IG:
Utusan Melayu Plus

TikTok:
@utusanmelayuplusofficial

Whatapps Channel:
UTUSAN MELAYU PLUS


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img