Mayat lelaki ditemukan dengan beberapa kesan kecederaan di Tangkak

MAYAT seorang lelaki tidak dikenali yang dipercayai warganegara asing ditemukan dengan beberapa kesan kecederaan di tepi jalan di Bukit Serampang, Tangkak, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tangkak DSP Jamellulkamal Abdul Halim berkata pihaknya menerima maklumat berkenaan daripada talian MERS 999 pada 8.30 pagi dan hasil siasatan mendapati tiada sebarang dokumen perjalanan diri ditemukan bersama mangsa.

Beliau berkata menerusi pemeriksaan pada bahagian tubuh mangsa, polis telah mendapati beberapa kecederaan pada bahagian belakang leher serta kepala dan mayat kemudiannya dibawa ke Hospital Melaka untuk bedah siasat.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil bagi membantu siasatan dan boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Kanan, ASP Sharidhathul Aflaha Ismail menerusi talian 019-269 9573 atau bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak di talian 06-978 5222,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img