BEBERAPA pegawai kanan tentera Iran disahkan terbunuh dalam satu serangan yang didakwa dilakukan oleh Amerika Syarikat dan Israel di Tehran pada pagi Sabtu.
Menurut laporan Tasnim News Agency, Ketua Staf Angkatan Tentera Iran, Mejar Jeneral Abdolrahim Mousavi; Komander Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC), Mejar Jeneral Mohammad Pakpour; Setiausaha Majlis Pertahanan Iran, Ali Shamkhani; serta Menteri Pertahanan Iran, Brigedier Jeneral Aziz Nasirzadeh, antara tokoh yang terkorban dalam serangan yang menyasarkan satu mesyuarat Majlis Pertahanan.
Pemimpin Tertinggi Iran, Ali Khamenei, turut dilaporkan terbunuh dalam serangan tersebut. Beliau memimpin Iran sejak 1989 selepas kewafatan pengasas Republik Islam, Ruhollah Khomeini.
Susulan kejadian itu, Kabinet Iran mengisytiharkan tempoh berkabung nasional selama 40 hari.
Angkatan Tentera Iran dilaporkan telah melancarkan serangan balas berupa peluru berpandu dan dron yang menyasarkan wilayah yang dikuasai Israel serta pangkalan tentera Amerika Syarikat di rantau tersebut.


