Mok Su Viral Muka Bedak Sejuk maut dirempuh kereta di Kota Bharu

SEORANG wanita warga emas meninggal dunia selepas dirempuh sebuah kereta ketika melintas jalan di hadapan sebuah stesen minyak di Jalan Sultan Ibrahim, Kota Bharu hari ini.

Tengku Jariahhanna Tuan Ismail, 71, atau lebih dikenali sebagai Mok Su Viral Muka Bedak Sejuk dan suka berpantun maut dalam kemalangan yang berlaku kira-kira jam 7.35 pagi.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Azmir Damiri berkata, polis menerima laporan mengenai kejadian itu jam 8.46 pagi.

Menurut beliau, pemandu kereta terlibat dari arah KB Mall menghala ke Bulatan Padang dan apabila sampai di lokasi kejadian, seorang wanita melintas dari arah bahu jalan sebelah kiri ke arah bahu jalan sebelah kanan.

“Disebabkan jarak terlalu dekat, pemandu kereta yang berada di jalan lurus di laluannya tidak sempat mengelak lalu terlanggar pejalan kaki.

“Akibat perlanggaran itu, pejalan kaki meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Zon Merah Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Azmir berkata, pemandu kereta tidak mengalami kecederaan dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang melihat kejadian itu diminta tampil membantu siasatan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu atau menghubungi pegawai penyiasat Trafik, Inspektor Muhammad Syarafuddin Ramlee di talian 09-775 2315.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img