Op Crack: SPRM reman 12 individu bersuhabat godam MyIMMs

ENAM pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) antara 12 individu yang direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes bersubahat menggodam Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs) berkaitan proses permohonan serta kelulusan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) secara tidak sah.

Enam pegawai JIM itu terdiri daripada empat pegawai dan dua pegawai Bahagian Teknologi Maklumat JIM. Selain mereka turut direman adalah dua pengarah syarikat, tiga warga asing dan seorang pegawai polis.

SEBAHAGIAN daripada 12 individu yang ditahan bagi membantu siasatan kes bersubahat menggodam Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs) dibawa untuk mendapatkan perintah reman di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini. GAMBAR: SPRM

Perintah reman selama tiga hari sehingga 31 Julai ini terhadap lima suspek lelaki dan dua hari sehingga 30 Julai terhadap lima suspek lelaki serta dua suspek wanita telah dikeluarkan Majistret Ezrene Zakariah selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi.

Menurut sumber, 10 suspek lelaki dan dua wanita berusia lingkungan 30 hingga 40-an telah ditahan antara jam 2 hingga 5 petang semalam di ibu pejabat SPRM dan JIM Pulau Pinang.

SEBAHAGIAN wang tunai yang dirampas susulan tangkapan 12 individu yang dipercayai terlibat dalam kes menggodam Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs). GAMBAR: SPRM

“Siasatan awal mendapati sindiket ini telah membayar wang rasuah antara RM1,000 hingga RM6,000 bagi setiap permohonan PLKS kepada pegawai-pegawai JIM kerana telah membantu dalam proses mendapatkan kelulusan PLKS tanpa mengikut prosedur yang sah,” kata sumber itu.

Semalam, SPRM melalui Bahagian Perisikan dengan kerjasama Bahagian Perisikan, JIM telah menjalankan operasi bersepadu di sekitar Lembah Klang dan Pulau Pinang.

Operasi tersebut turut dibantu oleh Cyber Security Malaysia (CSM), Telekom Malaysia, Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan Bahagian Forensik Teknologi (BFT) SPRM.

Dalam operasi tersebut, penggeledahan telah dijalankan melibatkan premis-premis syarikat dan juga JIM Pulau Pinang dan ibu pejabat JIM di Putrajaya.

Selain  itu, SPRM turut menyita harta alih seperti wang tunai bernilai RM186,360; wang tunai Singapore dollar SGD 700 dan barangan kemas bernilai RM 15,700.

Turut disita, telefon bimbit, komputer riba serta alat elektronik yang dianggarkan bernilai  RM36,000.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes ini disiasat di bawah Seksyen 17 (a) dan 16 (a) Akta SPRM 2009.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img