Ops Layar: SPRM sita aset bernilai RM2 juta , beku 21 akaun syarikat, individu kira-kira RM700,000

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah pergiatkan siasatan dakwaan rasuah dalam perolehan projek TLDM.

Menurut sumber, SPRM telah membekukan tujuh akaun syarikat dan 14 akaun perbankan milik beberapa individu dianggarkan kira-kira RM700,000 susulan siasatan ke atas syarikat-syarikat dipercayai terlibat rasuah bagi mengesyor dan melantik syarikat kroni seorang pegawai kanan TLDM.

Sumber itu, siasatan yang dijalankan Bahagian Perisikan SPRM itu turut menyita dua buah hotel milik pegawai kanan TLDM tersebut bernilai kira-kira RM2 juta.

Katanya, setakat ini SPRM turut membuat semakan ke atas beberapa syarikat dengan Jabatan Akauntan Negara sama ada terdapat tender atau sebut harga oleh syarikat-syarikat berkenaan.

“Pada masa ini SPRM sedang mengesan aset-aset lain yang dimiliki oleh suspek dan turut mengesan pemilik-pemilik syarikat yang bersekongkol dengan suspek,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Perisikan SPRM, Datuk Saiful Ezral Arifin ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut dan berkata, sehingga hari ini SPRM telah merakam percakapan tujuh individu yang disyaki terlibat dalam kes tersebut.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img